Thursday, April 29, 2010

Malam tadi, masa aku duk leka mencari siaran citer yang besh², aku terprasan TV3 yang ada siaran Jangan Tidur Lagi... pengacaranya apek, artis jemputannya ialan munir, nana dan achik spin... aku nengok si nana pandai plak bergaya, agaknya sejak dah jadik ibu tunggal nih dia dah pandai bergaya kot... dulu ala² macam kekampungan... Achik spin... sorenya masih sedap macam dulu jerk cuma dah berisi jerk... tapi dia asyik tergelak ajerk...

Motivasi 'tuk Diri Kita~

Let us share what Datuk Dr. Fadilah Kamsah used to say :

"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria , ada datang dengan perasaan "biasa" dan ada datang dengan perasaan serba tak kena ."

Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan "biasa" saja, hasilnya adalah "biasa" saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa.

Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah..."
Jadi renungkan lah....

1.. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab
'DATANG BEKERJA' tapi hampa, hasilnya macam kita ' TAK DATANG' kerja

2. Ada kala kita rasa kita
BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT' .

3. Adakala kita rasa kita
PERIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.

4. Adakala kita rasa kita
OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJAR'AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran
KRITIS , rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS .

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi
LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA-NGADA .

7. Adakala kita suka bertanya
'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?'

8. Adakala kita rasa kita ni pekerja yang
SEMPURNA,BAIK DAN BERDEDIKASItapi cuba tengok dalam-dalam,selagi hati kita berdengki,jatuhkan reputasi sesama rakan sekerja (report kat bos kawan kita tak bagus dari kita)dan tak amanah (mencuri dan tak siapkan kerja),kita sebenarnya patut terima hakikat betapa kita lebih teruk dari dari
anggapan kita itu sendiri.

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan
ANJAKAN PARADIGMA ,
maka lakukanlah segera...tapi manusia tetap manusia.. sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik... adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan ... kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.


Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..
kita withdraw kat akhirat nanti...
tapi kalau kita asyik dengki mendengki..
nasib la sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..


Renungi lah, berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita, nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya...

"Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik."



SILENT... SILENT... SILENT... SILENT... SILENT... SILENT... SILENT... SILENT... SILENT... SILENT... SILENT... SILENT... SILENT... SILENT... SILENT....

Wednesday, April 28, 2010

Komen 'tuk Nigina~

aku nak gak komen sbb tak bleh nak komen kek blog ko GINA... asal ek tak bleh nak komen?...  sonok kan bila mengetahui yang anak memahami kita... huhuhu... seb baik dia tak mintak adik laie GINA... kahkahkah...

aku dan cikenit~

Citer Petang Semalam...
Semalam aku ada appointment KKPJ.... kat kaunter memang tak ramai orang tapi bila kene pie makmal... fuhhhh!!! bleh tahan lew... bosan gak menunggu... pie sesorang, memang le membosankan... lepas tuh kene jumpa JM plak.. arghhhhh!!!! berat aku tak naik so aku kene datang balik lagi 2 minggu... biasanya kalo bulan awal² nih, sekali sebulan tapi aku aku dah jadik cam orang hehujung bulan plak... nak tak nak kene pie gak, untuk kebaikan aku dan cikenit gak... kalo berat aku tak naik jugak, takut ada effect kat cikenit plak... huh! mana nak?...aku pun bukan leh makan banyak, senak perut diwatnya...so harap² next appointment, berat aku naik le skit... 

Tuesday, April 27, 2010

Kek Cokelat~

Nih citer 'tuk petang semalam punya... internet cam hampesh... fb pun aku pun tak leh nak bukak... mongok nyer line tenet... kahkahkah.... tak pasal² kene mongok....
semalam aku beli kek cokelat ngan member opis lama... tgk kat fb dia cam sedap gegiler... seb baik bila aku makan tak gile.. wakakakaka.... tapi kira pueh ati le... bila masuk mulut jerk rasa cam satu kepuasan jerk... nikmat tak terhingga... kahkahkah.... 


Siap aku upload skali paperbag EPU.. kenangan tuh... Shima, jangan jeles ek.. aku dah amik dulu!!! huhuhu....

*pssssstttt Nigina, asal aku tak bleh nak komen kat blog ko ek?...

Monday, April 26, 2010

Busy Gilew...

Hari nih aku busy giler.... banyak keje yang nak kene wat... aduhai... lemahnya semangatku... ahaks... nak kene edarkan memo kursus... dah le besok ade audit dalaman MS ISO.. aku wat latihan plak tuh.. dah sure le kena audit... huwaaaaaa... gemuruhnya aku... 




 

Saturday, April 24, 2010

Sabtu yang sunyi~

Keje... settlekan apa yang patut... minggu depan ada audit... huhuhu... sesambil tuh aku mengUPLOAD lagu... akhirnya ada jugak laman web yang tak diblock... thanks ek pada sumber yang memberi url laman web nih... akhirnya dapat jugak download lagu.. besh besh besh... takdak le sengsara jiwa ku ini...

whatever


Friday, April 23, 2010

Melawat~


aku ngan bebudak opis pie tengok aznie n baby nya kat fasa 12, P9...

Ntahapantah....~

Lunch nih aku ingat tak pie mana, nak tidur jerk... tapi member opis ajak pie melawat aznie n babynya... so apa salahnya pie kan sbb dia pun baik ngan aku... geram tengok baby dia... huhuhu...
aku makan cheesy wedges, pesan ngan saliza sbb dia pie alamanda... memang dari tuh ari laie aku nak makan tapi maleh nak pie KFC... nak berjalan pun maleh... thanks saliza... 
laiepun tak ramai sudi melayan kerenah aku yang banyak songeh nih... so kene le pepandai jaga ati sendiri kan... wakakakaka.... Kita adalah insan,Menumpang atas dunia,Aku dengan caraku,Yang sederhana..(lagu yantzen - insan... nak penuhnya lirik, cari sendiri.. wahaks...)


Found a reason to be strong, you are the one always in my hearts, my friend... Every time you call my name, I will be there no matter how far, we are friends.....~


Thursday, April 22, 2010

Hari ini dan semalam...

Hari nih leh tahan gak busynye...tapi ade skit pening kepala lew... tak tau le nape... ari nih aku pie keje bawak kete sbb cebenku balik lambat... tapi bagus gak sbb pagi tadik masa aku turun, hujan rupanya.. padan le cam liat jerk aku nak bangun pagi... kahkahkah.... 
Pepagi aku rajin le wat keje bila dah masuk petang jerk, maleh pun menjelma.. kihkihkih... takdak mood le.
*psttttt... pic nih aku curik dari pesbuk kawan aku... kihkihkih...

Wednesday, April 21, 2010

Makan Free!!!~

Hari nih ada jamuan perpisahan 'tuk anggota program perubatan yang telah bertukar keluar... yang diraikan ade 29 orang tapi yang dapat datang cuma 6 orang jerk... tapi majlis lambat dimulakan sbb Datuk TKPK(P) lambat... ade meeting tak selesai laie... perut aku dah menyanyi² pelbagai jenis lagu... kihkihkih... 
erks... takdak idea nak type!!! blur nih weh... mata aku pun dah redup semacam... perut kenyang dah sure le nak tido nih.. argggghhhhh.....


Monday, April 19, 2010

AlFatihah Untuk Achik Spin... Salam Takziah untuk keluarganya....

SEREMBAN, 19 APRIL 2010: Vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih mesra disapa Achik, 28, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Makan Tuan Hj Said, Seremban, Negeri Sembilan, kira-kira jam 2 petang tadi.
Pemergian arwah telah diterima dengan cukup tabah dan reda oleh isterinya, H.M. Rose Zaitul Suriani Wati Maarof atau Tasha yang dikahwininya sekitar November 2005.
"Waktu dalam perjalanan pulang dari rakaman, arwah sempat hubungi saya. Dia suruh saya dan anak-anak cepat-cepat bersiap. Katanya, nak bawa kami pergi ke satu majlis.
"Tapi, tak lama selepas itu, saya terima pula panggilan daripada kawan dia yang sama-sama accident. Dia cakap pada saya dan Achik accident. Dia juga beritahu yang Achik sudah meninggal dunia. Saya terus tergamam. Saya sangkakan kawannya itu hanya bergurau. Tapi, rupa-rupanya betul Achik sudah tiada,"katanya dengan sebak.
Terdahulu jenazah Allahyarham Achil dibawa pulang ke rumahnya di Taman Desa Rose di Ampangan, Seremban sebelum solat jenazah di sempurnakan di Surau Taman Bukti di kawasan yang berhampiran, tengahari tadi.
Antara rakan artis yang hadir memberikan penghormatan di majlis pengkebumian Allahyarham Achik adalah Siti Nordiana, Tomok, Hafiz Hamidun dan anggota kumpulan Spin sendiri.
Sebelum itu, penyanyi Hattan dan Shikin Dangdut hadir sewaktu jenazahnya dihantar untuk dimandikan di Surau Taman Bukti.
Allahyarham Achik dilaporkan meninggal dunia dalam kemalangan ngeri di KM 14.7 Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS) kira-kira jam 6.15 petang semalam, selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima yang dinaikinya bersama seorang rakan telah terbabas serta melanggar papan tanda.
Tragedi ngeri itu berlaku selepas kereta yang dipandunya itu melepasi kawasan Rawat dan Rehat (R&R) dekat susur keluar ke Pajam. Ketika itu, arwah dalam perjalanan balik ke rumah selepas menjayakan program hiburan Gah 1 bersama rakan duetnya yang paling serasi, Siti Nordiana di RTM, Kuala Lumpur.
Sebaik saja perlanggaran itu berlaku, arwah dikatakan tercampak keluar dari kenderaan yang kemudiannya terbakar dan meletup sehingga menyebabkan kecederaan parah di kepala serta beberapa bahagian anggota badan.
Walaupun orang ramai berusaha menyelamatkannya, namun arwah telah meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat arwah bersama rakannya yang cedera telah dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban.
Hasil perkahwinan dengan H.M. Rose Zaitul Suriani Wati Maarof yang juga bekas Pegawai Khidmat Pelanggan Astro, H.M. Rose Zaitul Suriani Wati Maarof pada Nov 2005, mereka dikurniakan tiga cahaya mata perempuan.
Salah seorang daripada ialah Puteri Rania yang lahir pada tahun 2007 tetapi telah meninggal ketika berusia dua bulan akibat demam panas dan masalah usus dalam perut. Jenazah Achik disemadikan di tanah perkuburan yang sama dengan anak perempuannya itu.
Warga murai.com.my mengucapkan takziah di atas pemergian Allahyarham Achik dan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.
 
SEREMBAN, 17 APRIL 2010: Vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, telah disahkan meninggal dunia dalam satu kemalangan di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) lebih kurang jam 6 petang tadi.
Perkara ini disahkan sendiri oleh rakan baiknya, Siti Nordiana Alias (Nana), 26 sebentar tadi.
Kemalangan itu dipercayai berlaku sewaktu Achik dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Seremban setelah menjalani satu program hiburan, Gah 1di RTM bersama Nana awal petang tadi. Nana ketika dihubungi murai.com.my mengesahkan berita itu setelah dimaklumkan oleh ahli keluarga Achik.
"Nana betul-betul terkejut dan tak sangka perkara ini terjadi.Sukar untuk percaya apabila menerima berita tentang kematian Achik ini sebab baru petang tadi kami berganding bersama menjayakan program Gah 1 di RTM. Malah sewaktu program itu selesai, Nana sempat berborak dengan dia dan menghantar beliau ke keretanya.
"Nana sendiri pun tak tahu apa punca kemalangan tersebut, tapi apa yang Nana diberitahu oleh ahli keluarga Achik, kereta Toyota Estima yang dipandunya terbabas dan terbakar. Arwah meninggal di tempat kejadian.
Nana rasa sedih sangat kerana Nana rapat dengan Achik kerana kami sama-sama memulakan karier sebagai artis rakaman dan sama-sama mencipta nama.Sekarang ini Nana dalam perjalanan menziarahi jenazah arwah di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban bersama ahli kumpulan Spin yang lain"kata Nana yang masih sebak serta tidak dapat menahan kesedihan.

*info : www.murai.com.my


Saturday, April 17, 2010

Saturday...~

hari nih aku keje... keje dan keje laie...sabtu pun aku datang keje.. erks.. tak tau nak type ape.. tadik cam banyak benda nak type.. last² aku blur... kihkihkih.... sori ler... lengkali le ek.. nih aku upload funny pic utk sajian anda semua.. huhuhu~


meowmeowmeow


Friday, April 16, 2010

Kojo³!!!~

Hari nih boleh tahan busy gak aku... sampai sakit kepala le jugak...  besok aku mai gak opis...  nak settlekan mana yang tak settle laie... dah le hujung bulan nih ada audit dalaman MS ISO 9001:2008... tak suke, tak suke.... bulan mei ade kursus kat IKWAS (aku tak pergi)... situasi skang tak mengizinkan... awal jun plak ade kursus kat INTURA (aku masukkan nama jerk, pergi tak pergi belakang kira, tgk situasi) 
dah le 2-3 hari nie aku asyik mengantuk jerk.. rasanya cukup tido dah... tapi slalu terjaga le.. tak selena dulu... so cam liat skit nak bangun pagi... pie keje maleh nak bawak kete, kalo bawak kete kene datang awal.... so disebabkan lambat aku merempit le... balik jerk kene naik bas sbb balik lambat kan...  


ieja


Thursday, April 15, 2010

cokelat.. aku belikan cokelat untuk adam dan qistina... yang besday cake tuh untuk adam sbb dia baru jerk sambut besday yang ke 3 tahun pada 13hb April... yang ABC tuh untuk qistina sbb qistinakan dah skolah tadika... kene beli sorang satu kalo tak nanti bergaduh dorang... huhuhu~... comelkan cokelat nih.. kalo aku belikan untuk diri aku, blum tentu laie aku akan makan... silap² simpan wat pekasam sampai berulat... kahkahkah...

Only....~

Hari nih aku busy...korang percaya tak? slalu sampai jerk opis aku terus buka fb, tapi pagi nih aku tak buka pun fb.... sbb dalam kepala otak aku nih duk pikir keje yang berlambak²... dah le aku ngah berdua, diberi banyak keje plak... itu maknanya, orang percayakan aku (aku rasa lew...) nih update blog 'tuk kasik kepala aku ringan skit... diluar lingkungan kerja.... kang kalo wat keje, jawabnya aku gak yang akan terjatuh nanti.... aku bukannya bleh terlalu memberi tumpuan sangat, kang sakit kepala plak aku... lepas tuh terus EL... tak datang keje.... kihkihkih...

yeler, tak semua org suka ngan kita... tak semua org nak tolong kita.... jadik aku tak le mengharapkan sangat bantuan org... mana yang aku bleh buat, aku akan buat sendiri... tak le asyik mengular ajerk...

jesnieza


Pada yang still senyap dgn aku, terpulang le.. aku tak kisah pun walaupun sedikit kecil dalam hati aku pun kisah jugak (tanda aku masih laie punya perasaan prihatin)...


jijahpoyo

 
*tiada kene mengene ngan korang yang pikir citer nih pasal korang!!!!

Wednesday, April 14, 2010

MyBlog

Hari nih aku duk leka wat penambaikan blog aku... sampaikan aku tak layan facebook ari nih.. kihkihkih.... banyak keje sebenonya tapi maleh nak wat... pepetang skit baru wat kot... 

Signature~

hari nih aku belajar camne nak buh signature secara tetap kat setiap entry tanpa perlu paste setiap kali buat new entry (thanks ceera)... huhuhu...sonok aku.. lepas nih nak wat ape laie ek.. kihkihkih... bila ada mood semuanya ok jadiknye... kalo takda mood, semua tak jalan... kihkihkih...

Tuesday, April 13, 2010

Aku Sebutir Pasir - Fauziah Latiff

Senandung rindu mendayu
Mengiring langkah yang makin tersungkur
Terlalu jauh pendakian
Begitu tingginya harapan
Bermusim lama mencari
Tak ku temui sampai kini

Tak henti jiwa dipalu
Dugaan demi dugaan menguji
Rebah dan bangun sendirian
Mencari bumbung perteduhan
Mereka riang tertawa
Aku hanya sebatang kara
 
Perjalanan masa
Mengajar hati
Semakin tabah kini
Di dalam kemarau dan gerimis
Aku tetap tabah mengharungi

Tuhan
Aku bagaikan sebutir pasir
Yang lemah lagi kerdil
Teguhkan keimanan jiwaku
Agar tidak terpesong darimu

Beribu teman ketawa
Payah ku temu
Yang sanggup bersatu
Di dalam susah dalam senang
Yang hadir cuma kepalsuan
Dugaan demi dugaan
Aku pasrah menadah tangan

Hepi Besday Muhammad Adam bin Fauzi!!!~

Hari nih besday adam yang ke 3 tahun... beso dah anak bujang ibu... huhuhu... hujung minggu nih baru ibu wat party ek... 
Hepi Besday Adam, Moga jadik anak yang soleh... amin....

Monday, April 12, 2010

N9 Juara Piala FA 2010~

aku suke.. aku suke.. aku suke... N9 Juara Piala FA 2010... tak sia² den jerit ala² histeria sabtu malam tuh ari.. kihkihkih...walaupun kedah nya permainan laie mantap dari N9 tapi memang dah ditakdirkan N9 akan menjadi Juara Piala FA 2010...den uploadkan pic yang den copy dari pesbuk n9futbol untuk tatapan mata kita.. kahkahkah... DEN BANGGO JADIK ANAK NISMILAN.... cayalah N9....